Scroll to Top

Terma dan Syarat Tempahan

Sila baca dan fahami syarat utama berikut sebelum meneruskan tempahan:

    1. Deposit Tempahan: Bayaran deposit sebanyak RM2,000.00 diperlukan bagi pengesahan tempahan untuk pelanggan persendirian.

    2. Pembayaran Penuh: Baki keseluruhan bayaran sewaan mestilah dijelaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh majlis.

    3. Pembatalan & Pertukaran Tarikh: Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan atau pertukaran tarikh dilakukan dalam tempoh kurang dari sebulan sebelum majlis. Pertukaran tarikh hanya dibenarkan sebanyak satu (1) kali sahaja.

    4. Pemulangan Deposit: Deposit akan dipulangkan maksimum dalam tempoh sebulan selepas majlis, tertakluk kepada tiada kerosakan atau pelanggaran syarat.

    5. Tanggungjawab Kebersihan: Penyewa dan katerer bertanggungjawab sepenuhnya memastikan kebersihan dewan dan kawasan sekeliling. Penalti akan ditolak dari deposit jika gagal mematuhi syarat ini.

    6. Larangan: Pelanggan dilarang sama sekali merokok di dalam kawasan larangan, memasak di dalam dewan, serta membawa masuk minuman keras, dadah, atau haiwan peliharaan.

    7. Ganti Rugi: Sebarang kerosakan pada fasiliti, peralatan dewan, atau parkir akan dinilai dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit mengikut kadar penalti.