Tentang Kami
Sejarah Penubuhan MAKSAK
Logo Lama
Logo BaharuMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara sukarela untuk menjalankan kegiatan sukan antara Jabatan-Jabatan Kerajaan.
Kejohanan Olahraga Pertama menggunakan lambang MAJLIS ini telah diadakan sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.
MAJLIS ini telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada 30 Mei 1959 dengan Nombor Pendaftaran 1363 (SEL).
Nama MAJLIS ini telah ditukar kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia).
VISI
Untuk Menjadikan Satu-Satunya Pertubuhan Kerajaan Yang Terunggul Bagi Mencapai Matlamat Yang Dihasratkan.
MISI
Menjadi Penghubung Dalam Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Anggota Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Peringkat Persekutuan, Negeri Atau Daerah Di Samping Membantu Melahirkan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Sihat, Cergas, Berdisiplin, Komited Dan Berdaya Saing.
MOTO
“Meningkatkan Produktiviti Melalui Sukan”
OBJEKTIF
MAKSAK
Matlamat utama yang memacu setiap pergerakan, program, dan inisiatif kami.

Pembangunan Bakat dan Kreativiti
Membolehkan ahli-ahli gabungan mengasuh dan memperkembangkan bakat mereka sama ada dalam bidang sukan dan kebudayaan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui program/aktiviti tahunan yang dianjurkan.
Pengukuhan Silaturahim dan Kerjasama
Menjadikan program/aktiviti yang dijalankan sebagai satu landasan untuk ahli-ahli badan gabungan memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setiakawan tanpa mengira batasan sempadan kenegerian, kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan.
Penyertaan Aktif dan Pengalaman Bermakna
Memberi ruang kepada ahli-ahli badan gabungan melalui program/aktiviti yang dijalankan, menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam usaha menjadikan kakitangan sektor awam sentiasa dalam keadaan siap sedia dan berkemampuan melaksanakan tugas.
Penjanaan Dana dan Kelancaran Program
Mempelbagaikan usaha untuk menambah tabung kewangan Majlis bagi memastikan penganjuran program/aktiviti dapat diadakan dengan meriah, lancar dan teratur.